Rabu, 21 Ogos 2013

Undang-undang ganjil

actor,cowboy,famous,western,dirty harry.
Undang-undang pelik dari seluruh dunia

1.Gula-gula getah di Singapura.
Anda boleh didenda jika mengunyah ‘chewing gum’ . dalam  usaha untuk menjaga kebersihan,kerajaan telah mengharamkan CG hampir 2 dekad dahulu. Sekiranya anda pergi ke Singapura,pastikan jangan membawa CG,takut-takut tertelan gigi palsu kerana takut kena saman.


2. Memberi makan burung di Venice
Anda boleh didenda $7oo jika didapati berbuat demikian. Perbuatan ini telah di haramkan di Venice walaupun sebelum ini menjadi amalan biasa di mana-mana tempat seperti di Trafalgar Square. Mungkin tahik burung banyak sangat kot..

3. Mati di Kg.Sarpourenx,Prancis.
Setiap orang mesti mempunyai ‘tanah’ sendiri sebelum mati,kalau tidak anda tidak akan di benarkan mati dan di tanam di kampong halaman anda. Jika anda mati juga,Anda akan dihukum.DO Gerard Lalanne telah mewartakan ordinan ini pada 2oo8.

4.Merokok di Bhutan.
Berhati-hati apabila merokok,pastikan tidak ada orang melihat seperti di dalam tandas atau di atas pokok,kalau tak mahu di denda. Bhutan sangat tegas dalam mengharamkan tabiat merokok. Anda boleh dipenjarakan jika ditangkap menjual rokok. 

5.Kehabisan petrol kereta di Jerman.
Jika anda memandu di lebuhraya ,pastikan minyak petrol kereta mencukupi. Anda  boleh berhenti di lebuhraya hanya untuk kes-kes kecemasan sahaja. Kehabisan petrol tidak termasuk di dalam kes kecemasan.

6. Gaya ‘commando’ di Thailand.
Jangan lupa membawa baaaaanyak underwear bila melawat Thailand. Anda akan di denda jika didapati tidak memakai seluar dalam. Macamana agaknya mereka nak check ya…londeh seluar kot..

7.Memakai kasut tumit tinggi di tempat bersejarah Greek.
Sebagai langkah untuk memulihara tempat warisan sejarah, Greece telah mengharamkan pemakaian kasut bertumit. Anda akan di arahkan berjalan kaki ayam jika berbuat demikian. Boleh buat rawatan rekfleksologi la.

8.Bermuka masam di Milan,Itali.

Ianya satu tuntutan undang-undang untuk sentiasa senyum dan ceria bila berada di Milan. Pengkecualian hanya untuk majlis pengkebumian dan lawatan ke hospital saja. Mengapa ya..mungkin Milan hanya untuk orang gembira saja walaupun sengkek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...