
Barbekue sudah menjadi sinonim dengan semua bangsa dan negara. Acara yang sentiasa di adakan di majlis keraian seperti sambutan hari jadi, hari terbuka dan berkelah.Perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, tetapi asal-usul yang sama.
Apabila penjajah Sepanyol abad ke-17 mendarat di Hindia Barat<West Indies>, mereka melihat orang-orang asli - Puak Arawakan - mengeringkan daging di atas bingkai kayu. Arawakan panggil rak kayu itu sebagai barbacoa. Penjajah meminjam istilah tersebut.
Barbacoa tidak lama selepas itu digunakan bukan sahaja untuk rak itu sahaja tetapi untuk proses memasak daging. Kini, , barbeku boleh dinamakan sebagai struktur memasak, makanan, kaedah memasak, atau majlis sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan